Saturday, 12 December 2015

MAKANAN JAWA :)






 SAMBAL KETUK.
Sambal ini sangat terkenal dengan masyarakat jawa. Jadi saya mahu membawa anda merasai makanan negara jiran kita dengan sedikit olahan resepi daripada saya. Jom kita memasak J

Bahan-bahan:-
Bawang merah(setengah ulas)
Bawang putih (2 ulas dibahagi 2)
Ikan bilis
Cili padi
Limau kasturi (4 biji)

Cara-caranya:-
1.   Masukkan kesemua bahan tersebut kecuali limau kasturi ke dalam mesin pengisar.
2.   Setelah bahan tersebut hancur mengikut citarasa yang dikehendaki, panaskan minyak untuk memasak sambal tersebut.
3.   Masukkan serbuk perasa tambahan dan garam secukup rasa.
4.   Masak bahan tersebut sehingga garing atau keperangan.
5.   Setelah garing sambal tersebut diperah dengan limau kasturi tersebut untuk mendapatkan rasa yang pedas masam.
6.   Setelah itu makanan ini dapat dihidangkan di makan bersama-sama nasi panas ikan kering, telur goreng dan sup ayam.

SELAMAT MENCUBA



                                       


video

video


    video 



bahan-bahan dan cara membuat sambal ketuk



sarapan pagi ker kita




ROTI GULUNG "FISHCAKE"




Bosan dengan roti sosej rolled dan sardine rolled ? Asyik makan resepi sama sahaja? Jom saya ajar anda semua resepi baru iaitu roti gulung fish cakeJ

Bahan-bahan:-
Roti Gardenia (sebungkus)
Fish cake (sebungkus)
Sos cili
Biskut cracker
Telur (2 biji)

Cara-caranya:-
1.      Goreng fish cake terlebih dahulu untuk mendapatkan keranggupan fishcake tersebut. Jikalau anda dalam diet, anda boleh merebus fishcake tersebut. Anda boleh memilih  mana-mana kaedah yang anda inginkan.
2.      Fishcake yang sudah digoreng tersebut dipotong kepada 4 bahagian. Dipotong secara menegak untuk mendapatkan 4 bahagian yang panjang dan bersegi empat.
3.      Sesudah menyiapkan bahan isi fishcake rolled, anda hanya perlu melakukan seperti biasa sebagaimana melakukan roti sardine rolled.
4.      Roti dilenyekkan rata untuk memudahkan kerja bagi menggulung roti ini.
5.      Roti tersebut disapukan sos cili dan digulung bersama-sama dengan fishcake yang telah masak&dipotong tersebut.
6.      Setelah siap menggulung kesemua roti, anda perlu menyiapkan bahan bagi salutan luar fishcake rolled.
7.      Anda perlu memecahkan atau menghancurkan biskut cracker agar menjadi kepingan kecil-kecil.
8.      Lalu pecahkan telur kedelam bekas dan anda bolehlah memanaskan dapur untuk memasak roti ini.
9.      Salutkan roti dengan telur terlebih dahulu dan disalutkan bersama-sama biskut cracker yang telah dihancur.
10.  Sesudah salut roti tersebut. Anda bolehlah menggoreng sehingga warna keperangan.
11.  Setelah ditos minyak gorengan tersebut, bolehlah menghidangkan makanan tersebut. Keputusannya, roti tersebut sedap dan ranggup dinikmati bersama secawan kopi atau teh J.

SELAMAT MENCUBA



pencuci mulut.. lazat :)



Puding milo Oreo "Teddy Bear"





PUDING MILO…. Tentu tidak asing lagi kedengarannnya  tapi kali ini, kita cuba untuk memberi sedikit kelainan dengan menambahkan perisa keenakan biskut OREO. Bertambah mewah rasa coklatnya di nikmati bersama biskut yang ranggup di dalam puding tersebut. Hidangan ini enak di makan ketika sejuk.. pasti anda menjilat jari.

Bahan-bahan
10 gm serbuk agar-agar
750 ml air
150gm gula pasir
¾ cawan milo
1 tin susu cair
1 bungkus biskut oreo


Cara-caranya
1.      Masak serbuk agar-agar bersama-sama air dan gula hingga larut.
2.      Masukkan susu cair dan masak lagi sehingga mendidih lalu tutup api dapur tersebut.
3.      Bahagikan kepada 2 bahagian (bahagian A dan B) dan masukkan milo pada satu bahagian (bahagian B) dan kacau sehingga larut. Bahagian A tidak perlu mencampur apa-apa bahan.
4.      Masukkan sedikit adunan bahagian B ke dalam acuan dan biarkan ianya mengeras sedikit.
5.      Kemudian masukkan adunan A dan patahkan biskut oreo kepada dua bahagian lalu masukkan ke dalam adunan tersebut. Biarkan ianya mengeras seketika.
6.      Akhir sekali, masukkan baki bahagian b tadi dan biarkan ianya membeku.
7.      Masukkan ke dalam  peti sejuk. Setelah puding disejukkan, bolehlah dipotong dan di hidangkan.

Selamat mencuba

Sunday, 6 December 2015

senang dan ringkas



Cheesekut Oreo

Bahan-bahan.

Cream cheese Philadelphia
Susu pekat manis (gunakan ¾ daripada setin susu)
Susu Kotak dutch lady FULL CREAM.
Biskut oreo
Biskut Cracker




LANGKAH-LANGKAH

BAHAN A (CREAM CHEESE)
1. menggunakan satu buku keju tersebut + ¾ susu pekat manis + 4 sudu susu full cream.


 2. Bahan-bahan tersebut digaulkan bersama menggunakan mesin pengadun.

Hasilnya J



BAHAN B (LAPISKAN CHEESEKUT)

1. Oreo tersebut dihancurkan

2. Letakkan susu dipingan untuk proses mencelup biskut cracker tersebut.



3. Bagi melakukan proses menyempurnakan lapisan cheesekut ini anda perlu   mencelup biskut cracker tersebut ke dalam susu tersebut (jangan lama dalam 2saat sudah memadai). Sesudah susunan biskut tersebut lapiskan dengan cream cheese yang telah dibuat tersebut dan taburkan oreo.

4.Lakukan langkah  seperti no.3 tersebut sehingga penuh bekas makanan tersebut.


 5. Sesudah selesai kerja melapiskan cheesekut tersebut anda perlu sejukkan cheesekut  ke dalam peti sejuk.     



6. Setelah disejukkan anda bolehlah menghidangkan makanan tersebut.





SELAMAT MENCUBA J

comel lagi manis :)




 HOMEMADE  COKLAT




 BAHAN-BAHAN  

  • Coklat bar jenama BERYL’s
  •  Kacang badam yang dipotong kecil
  • Kismis
  • Bubble rice

CARA MEMBUATNYA
 
 1.  Panaskan coklat bar tersebut.
 2.  Letakkan coklat tersebut dalam acuan.
 3.  Sesudah lapisan tersebut sederhana sejuk masukkan bahan yang hendak dicampurkan seperti kacang badam kecil ataupun kismis. (bahan untuk dicampurkan boleh digantikan dengan apa-apa bahan mengikut kesukaan anda).

4.     Lapiskan coklat sekali lagi bagi menutup bahan
campuran tersebut.

   5.  Bagi melakukan coklat bubble rice jug, anda cuma membeli bubble rice dan dicampurkan dengan coklat yang telah dipanaskan dan sejukkan.







                        SELAMAT MENCUBA J

Ringkas Dan Sedap


Assalamualaikum ....

 Kek Batik Nestum Si Sitam Manis 




BAHAN-BAHAN
  •  Serbuk Milo (3 cawan)
  •  Susu Pekat (setengah tin atau satu tin mengikut kemanisan yang anda mahu)
  •  Biskut Marie (satu plastik)
  •  ButterCup (menggunakan setengah buttercup sahaja dalam 100g)
  •  Nestum  (4 paket)







LANGKAH-LANGKAHNYA

  1. Mulakan dengan memasak "butter cup" dan dicampurkan bersama-sama susu pekat.
  2. Apabila sudah digaul semua bahan tersebut, Masukan serbuk Milo ke dalam bahan yang telah dimasak sebentar tadi.
  3. Sesudah  bahan  seperti Buttercup +  serbuk Milo + susu pekat + Nestum dicampurkan. Patahkan biskut marie kepada 4 keping atau mengikut kehendak saiz biskut yang anda mahu. lalu gaulkan kesemua bahan tersebut.
  4. Akhir sekali, Masukkan bahan yang telah digaulkan kedalam acuan. kek batik itu boleh di selangkan dengan menabur nestum semula mengikut selera anda. kek siap diletakkan kedalam acuan anda perlu sejukkan kedalam peti sejuk. :)

Sunday, 15 November 2015

Kuih Lapis :)






Bahan-Bahan
  • 2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan  tepung jagung
  • 1 cawan gula pasir
  • 4 cawan santan (1 cwn santan pekat campurkan bersama 3 cwn air)
  • 1/4 sudu teh garam
  • sedikit pewarna merah dan perisa ros
Cara membuatnya:
  1. Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 8 inci. Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.
  2. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil.
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang 1200ml bater) bahagi kepada 600 ml +/- setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.
  4. Masukkan loyang yg telah di sapu sedikit minyak ke dalam kukusan. Tuang 200 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang 200ml adunan merah. Kukus lagi. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah. K.An tambah sedikit lagi pewarna merah untuk lapisan akhir agar warnanya lebih menyerlah.
  5.  Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong. Kuih lapis yang elok, boleh dimakan selapis demi selapis.